Mohamed Salah akan melalui ujian kecergasan terakhir sebelum bos Mesir, Hector Cuper, membuat keputusan muktamad mengenai pembabitannya untuk menentang Russia dalam Kumpulan A, Piala Dunia di Stadium Saint Petersburg, awal pagi esok.
Salah meraih anugerah penutup musim selepas mengharungi kempen sulungnya yang menakjubkan di Liverpool dengan menghasilkan 44 gol dalam semua pertandingan.
Bagaimanapun, dia meninggalkan 2017-18 dengan kekecewaan apabila mendapat kecederaan bahu ketika dicabar Sergio Ramos, yang menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-30 dalam kekalahan 3-1 Liverpool di tangan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah, bulan lalu.
Persatuan Bola Sepak Mesir sebelum ini mengumumkan Salah cergas bagi menghadapi Uruguay dalam aksi pembukaan kejohanan itu tetapi Cuper memilih untuk tidak menggunakan asetnya itu dalam kekalahan 1-0 mereka itu.
Bercakap menjelang perlawanan di St Petersburg, esok, Cuper sekali lagi meletakkan dirinya bertentangan dengan persatuannya dengan menegaskan pemeriksaan perubatan akhir harus dilakukan walaupun dia menjangka Salah dapat diturunkan bagi menghadapi Russia selepas tuan rumah itu membenam Arab Saudi 5-0.
"Salah cergas. Dalam perlawanan menentang Uruguay sebelum ini, kami fikir dia juga cergas tetapi kami selalu buat ujian fizikal akhir," kata bekas bos Valencia itu.
"Hari ini kami akan mempunyai ujian penting untuk dia. Saya fikir dia akan cergas untuk bermain, dia penting dalam pasukan kami."
Bos Russia, Stanislav Cherchesov, sebelum ini melahirkan keyakinannya dapat menangani serangan Salah.
Bagaimanapun, Cuper menambah: "Saya rasa setiap jurulatih mempunyai strategi dan mereka bersiap untuk perlawanan mengikut falsafah mereka.
"Kami perlu ingat bahawa tidak hanya seorang pemain di padang, saya tidak fikir jurulatih akan fokus hanya kepada Salah.
"Kami membuat persiapan tidak berdasarkan diri kami semata-mata, bukan hanya mengenai cara untuk mengekang seorang pemain seperti Salah," ujarnya.