CRYSTAL PALACE 1 LIVERPOOL 2
Jaringan lewat Mohamed Salah memastikan Jurgen Klopp menandakan perlawanannya ke-100 bersama Liverpool berakhir dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang diancam penyingkiran, Crystal Palace, sebentar tadi.
Pemain Mesir itu menjaringkan gol ke-29 Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk terus mempamerkan prestasi mengagumkan di England menerusi penyudah berkesan pada minit ke-84 di Selhurst Park.
Penalti Luka Milivojevic pada minit ke-13 memberikan tuan rumah kelebihan pada separuh masa pertama berikutan tindakan Loris Karius yang cuba mengekang Wilfried Zaha lalu berakhir dengan kekasaran.
Bagaimanapun, Sadio Mane menyamakan kedudukan, empat minit selepas rehat apabila menolak masuk hantaran lintang rendah yang diilhamkan James Milner.
Sepanjang permainan, kelibat pemain Senegal itu menarik perhatian bukan sahaja menerusi usahanya pada babak pertama, malah dilayangkan kad kuning kerana didakwa sengaja merebahkan badan termasuk terlepas hukuman lebih berat kerana sengaja menampan bola dengan tangan.
Salah kemudian muncul wira apabila dengan tenang menyudahkan peluang di depan pintu gol untuk menewaskan Wayne Hennessey, sekaligus meletakkan Liverpool di tangga kedua liga.