Skip to main content

Bola Sepak

Saka bebas kecederaan, Arteta puji aksi cemerlang Vieira

mikel-arteta_eqz4dx1stoiw1wda9xmhp4sjm.jpg
Mikel Arteta meredakan kebimbangan mengenai kecederaan yang dialami Bukayo Saka dan menjangkakan persembahan lebih cemerlang daripada Fabio Vieira selepas Arsenal menewaskan Oxford United 3-0 dalam Piala FA.

Saka dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Arsenal memperoleh kemenangan di Stadium Kassam awal pagi tadi sekaligus mengatur pertemuan perlawanan pusingan keempat di Manchester City.

Arsenal berdepan saingan sengit, Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris Ahad ini dan tahap kecergasan Saka menjadi kebimbangan buat pendahulu liga itu.

Tetapi pengurus Gunners, Arteta, mendedahkan pemain sayap England itu bebas kecederaan menjelang perjalanan singkat untuk bertarung dengan Spurs hujung minggu ini.

Arsenal mengatasi pasukan Liga Satu Oxford berikutan persembahan hambar pada separuh masa pertama, Mohamed Elneny membuka tirai jaringan sebelum dua gol yang disempurnakan oleh Eddie Nketiah.

Vieira masuk ke dalam kesebelasan utama sebagai salah satu daripada tujuh pertukaran yang dibuat Arteta dan melakukan bantuan jaringan yang disempurnakan oleh Elneny kemudian melakukan lorongan buat gol kedua pasukan.

Pemain tengah itu telah mengalami permulaan yang mengecewakan dalam karier Gunnersnya dengan masalah kecederaan, tetapi Arteta pasti dia akan terbukti sebagai pemain yang penting kepada pasukan.

Arteta berkata, "Dia mempunyai kualiti. Dia seorang pemain yang benar-benar kreatif, dan dia boleh menentukan perlawanan. Dia seorang yang mampu mengubah keputusan perlawanan."
 

 

Advertisement

Must Watch Video