Rata-rata pemain yang mengharungi pengalaman pertama mengakui kelainan yang cuba diterapkan Pan-gon, tetapi tidak bermakna ia satu cabaran yang rumit.
"Pertama sekali saya amat berbangga kerana tersenarai terutama kepada pihak yang ingin saya berada dalam skuad kebangsaan.
"Memandangkan saya baru kali pertama (mendapat panggilan kem negara) jadi saya memerlukan sedikit masa untuk proses menyesuaikan diri dengan situasi, jurulatih persekitaran," kata pemain tengah Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya.
Selamat Pagi Sabtu! ?
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 19, 2022
Para pemain skuad Harimau Malaya terus fokus turun menjalani sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pagi tadi. ?
Hanya satu sesi latihan pada Hari 6️⃣ kem latihan pusat ini.
▶️ Lagi gambar di https://t.co/ryVwVmxQuD#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/wQvtDbKG4A
Tidak ketinggalan nama besar yang kembali membuat kemunculan selepas lima tahun iaitu pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
"Tidak salah kalau saya dapat melakukan sesuatu lagi untuk pasukan kebangsaan. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.
"Saya bagaikan (seorang) pemain baru, dikelilingi ramai rakan sepasukan yang baik tidak kira pemain muda dan senior," katanya pula.
Situasi terkini tinggal 24 pemain bersama skuad negara selepas penjaga gol dari Terengganu, Rahadiazli Rahalim, terpaksa digugurkan ekoran jangkitan COVID-19.
Situasi itu memberi kesukaran kepada Hakimi Abdullah yang terpaksa menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat.
Jika berlaku pengguguran, ia mungkin melibatkan pemain kelahiran Kelantan itu.
Malaysia akan berdepan berdepan Filipina, Rabu depan sementara Singapura pada Sabtu depan dan kelab yang beraksi dalam kancah tempatan, Albirex Niigata, dua hari kemudian.