Penyerang PJ City FC, Safee Sali, bersedia untuk meledak jaringan dalam perlawanan keduanya bersama skuad itu selepas kecewa gagal membantu PJ City mengatasi Kedah sebelum ini.
Safee, yang baru menyertai skuad itu selepas angkat kaki daripada Perlis yang bermasalah, mahu bangkit menonjolkan prestasi cemerlang bagi menambah tiga mata ketika menentang Felda United di Jengka, esok.
Kedudukan Felda United yang belum mempunyai kemenangan dalam tiga perlawanan liga setakat ini meyakinkan bekas penyerang negara itu mampu membenam tuan rumah.
Justeru, Safee mengakui perlu berusaha lebih keras dalam mencari keserasian bersama pemain lain selepas menyertai pasukan dalam peringkat lebih tinggi.
"Saya yakin dengan PJ City. Pasukan ini memiliki corak permainan yang baik dan saya dihidangkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Saya perlu berusaha lebih keras dalam membantu pasukan melonjak ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, pengendali PJ City, K. Devan, berharap Safee mampu bermain lebih baik daripada penampilan pertamanya bersama PJ City untuk memberi keputusan positif berhadapan Felda United.
"Saya mengharapkan Safee dapat mempamerkan permainan yang lebih baik. Pengalamannya akan membantu PJ City untuk menamatkan saingan di tempat kelima liga."