Skip to main content

Bola Sepak

Safawi Rasid intai ulangi magis di China

safawi-rasid.jpg
Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid, menjadikan prestasi cemerlangnya di China empat tahun lalu sebagai azimat untuk mengharungi ujian getir perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria dan China di Chengdu pada Rabu dan Sabtu ini. 

Ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Safawi mengakui gol yang dilakar di negara Tembok Besar itu memberi motivasi tambahan dalam tugasan negara kali ini.

Safawi mencetuskan sensasi di China apabila meledak gol cantik dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Shandong Luneng pada 2019.

Rembatan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memperdayakan pertahanan lawan termasuk bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini.




Selain perlawanan itu, Safawi juga cemerlang dengan dua gol ketika kempen Kejohanan Piala AFC B-23 di negara yang sama pada 2018.

"Jika diberi peluang sudah tentu saya akan buat yang terbaik bersama pasukan kebangsaan. 





"Apa pun saya terima arahan daripada ketua jurulatih dan sedia laksanakannya di atas padang," katanya di Lapangan Antarabangsa Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. 

Turut dalam barisan 26 pemain kali ini ialah perancang tengah Selangor FC, Brendan Gan, yang kembali memperkuatkan pasukan.

"Kami sentiasa menerima sokongan padu daripada penyokong Malaysia ketika beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil tetapi kami akan beraksi dalam Piala Asia 2023 yang diadakan di luar negara. 

"Jadi di gelanggang berlainan, kami perlu sesuaikan diri dengan tekanan dan beraksi di luar negara bagi membanggakan penyokong Malaysia dengan curahkan segalanya demi negara. 

"Ia akan menjadi perlawanan yang menuntut keupayaan fizikal. 

"Apa pun kami memberi tumpuan kepada diri sendiri selain terapkan maklumat corak permainan yang dihajati. 




"Kami sudah diberikan maklumat mengkaji mengenai corak permainan lawan agar berwaspada dengan Syria dan China mampu lakukan. 

"Kami harap maklumat ini mampu memberi manfaat dalam perlawanan sebenar kelak," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video