Skip to main content

Bola Sepak

Sabar, tunggu keputusan rasmi FIFA -- Menteri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap semua pihak dapat bersabar dalam menunggu keputusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan dakwaan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan negara.

Tambahnya, peminat bola sepak tanah air tidak boleh terpengaruh dengan berita palsu yang tular di media sosial ketika ini.

Hannah juga berharap jawatankuasa siasatan bebas, yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, akan berhasil mencari titik noktah terhadap isu berkenaan.

"Saya betul-betul tiada masa untuk melayan berita palsu kerana ia akan memburukkan lagi keadaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Saya rasa FIFA pasti akan mengumumkan keputusan mereka tidak lama lagi dan kita perlu menghormati siasatan dan proses rayuan yang dikendalikan oleh FIFA.

"Apa yang pasti, siasatan dalaman akan dijalankan oleh jawatankuasa yang diketuai Tun Raus."


 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video