Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, menegurkan komitmen pemainnnya di atas padang selepas mereka mencatat kemenangan tipis dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia, malam tadi.
Sabah belum boleh membayangkan slot suku akhir berikutan kemenangan 2-1 ke atas UiTM di Shah Alam, malam tadi, yang menyaksikan skuad bimbingan Ismail Ibrahim itu mengurangkan defisit perlawanan menerusi jaringan George Attram pada masa kecederaan.
Justeru, Kim Swee kurang berpuas hati dengan tahap tumpuan pemainnya, lebih-lebih lagi menjelang wisel penamat.
"Ramai (pemain) yang mengalami kecederaan, belum pulih.
"Barisan yang diturunkan tidak menunjukkan prestasi sebenar, terutama apabila kami mendahului dua gol dan kami mula leka.
"Kami tahu UiTM akan bermain secara bertahan dan melancarkan serangan balas.
"Kami hilang fokus pada minit-minit terakhir permainan jadi kami harus perbaikinya terutama ketika balik ke Kota Kinabalu nanti," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Dalam masa sama, Ismail yang menganggap UiTM di laluan tepat untuk melakar kejutan perlu menghadapi ranjau aura penyokong tempatan di Stadikum Likas, Isnin depan.
"Kami masih mempunyai peluang.
"Saya percaya pemain-pemain saya akan berdepan tekanan hebat di Sabah," katanya.
Shaiful Shamsudin
Thu Oct 27 2022