Skip to main content

Bola Sepak

Sabah pamer kebangkitan bergaya di Stadium MBPJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah.jpg
Sabah menemui jalan untuk meraih tiga mata selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi PJ City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Sabah yang tempang tanpa tonggak utama termasuk Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali kelihatan sukar untuk menemui rentak dalam separuh masa pertama ketika PJ City lebih kerap melancarkan serangan.

Selepas 30 minit perlawanan, Darren Lok memecah kebuntuan meletakkan PJ City di depan selepas penyerang kebangsaan itu menanduk masuk bola sepakan sudut V. Ruventhiran pada minit ke-34.

Sejurus perlawanan kembali bersambung dalam separuh masa kedua, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menampilkan aksi berbeza.

Dan strategi serta taktikal baru yang diketengahkan berhasil apabila Sabah berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah Taiki Kagayama yang melakukan tindakan susulan selepas percubaan Nazirul Naim Che Hashim diselamatkan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz pada minit ke-48.

Tindakan Kim Swee membawa masuk Irfan Fazail juga berhasil apabila dia bijak menampan masuk bola hantaran seorang lagi pemain gantian, Maxsius Musa pada minit ke-75, sekali gus menjadi gol kemenangan Sabah.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah terus mengejar pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan mengumpul 28 mata, hanya satu mata di belakang Harimau Selatan.



 

Advertisement

Must Watch Video