Skip to main content

Bola Sepak

Sabah bangkit lakar kemenangan di Likas

sabah.jpg
Sabah FC memperoleh tiga mata penting susulan berjaya melakar kebangkitan menewaskan Terengganu FC, 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Kemenangan di laman sendiri membenarkan skuad The Rhino memperkukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super dengan 25 mata setelah mengharungi 12 perlawanan setakat ini.

Berjaya menampilkan permulaan yang cemerlang apabila melancarkan serangan ke arah kubu Terengganu, Sabah FC bagaimanapun ketinggalan pada penghujung babak pertama hasil jaringan Manuel Ott pada minit ke-45.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bagai mendapatkan nafas baru dalam separuh masa kedua apabila menggandakan corak serangan dan ia berhasil apabila pemain import Korea Selatan, Tae-Su Park, menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-72.

Jaringan berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan Sabah FC untuk terus mengasak bagi menambah jaringan Tae-Se sekali lagi menemui gawang hasil tandukan pada minit ke-79 sekaligus memastikan kemenangan buat tuan rumah.

 

Advertisement

Must Watch Video