LIGA INGGERIS
Ruud Gullit kagum impak Erik Ten Hag ubah nasib Manchester United
Ruud Gullit terkejut dengan kejayaan awal yang diraih Erik Ten Hag sebagai pengurus Manchester United dan percaya penghijrahan Cristiano Ronaldo adalah titik tolaknya.
Ten Hag meninggalkan Ajax untuk menyahut cabaran di United sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan kelihatan masih dibelenggu dilema serupa pada permulaan kempen.
Bagaimanapun, nasib mereka kini berubah secara dramatik apabila memanjat ke tangga ketiga liga selain masih dalam saingan Piala FA serta Liga Europa.
Iklan
Hujung minggu ini mereka akan mengharungi perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL), secara tidak langsung berpeluang menamatkan kemarau trofi mereka sejak merangkul Liga Europa pada 2017.
"Saya terkejut," kata Gullit kepada Marca.
Top of the league and 3 Important points! Great team work!???? pic.twitter.com/ZaZTedpmaH— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) February 17, 2023
"Liga Belanda tidak sama dengan kancah Inggeris, tetapi falsafah yang diterapkan Ten Hag melekat.
"Di samping itu, dia berjaya mengendalikan isu Cristiano.
"Ronaldo enggan beraksi, dia mahu berhijrah dan dia membuat keputusan untuk tidak bermain.
"Situasi itu akan memberi gambaran kepada perasaan bahawa 'hei, dengan pengurus ini, jika anda melakukannya dengan baik maka anda akan diturunkan'.
"Buat masa ini, mereka bersaing dengan baik, pemain muda melibatkan diri dan mereka berasakan wujudnya peluang. Malah, Harry Maguire juga baik-baik saja."
Gullit mengulas lanjut mengenai Ronaldo: "Begitulah ia ditangani dan sekarang dia berada di tempat di mana dia gembira. Ronaldo gembira dan begitu juga Ten Hag."
Must-Watch Video