Skip to main content

Bola Sepak

Russia beri kelonggaran buat peminat saksikan Piala Dunia

valery-yermolov.jpg
Berita menarik menanti peminat bola sepak apabila Kerajaan Russia membuat kelonggaran dengan memberi pelepasan visa percuma untuk peminat yang berhasrat untuk berkunjung ke negara itu sempena Piala Dunia yang bermula 14 Jun ini.

Buat julung kalinya dalam tempoh 88 tahun, Russia sudah bersedia menerima tetamu dari seluruh dunia sempena penganjuran Piala Dunia.

Justeru, Duta Besar Russia ke Malaysia, Valery Yermolov, mengumumkan pelepasan visa percuma untuk peminat yang berhasrat menyaksikan sendiri Piala Dunia di negara itu.

Mereka boleh membeli tiket di atas talian yang membolehkan mereka mendapat identiti peminat ataupun dikenali sebagai 'Fan ID' yang akan bertindak sebagai visa pengenalan buat mereka sepanjang berada di Russia.

Dokumen Fan ID tersebut boleh digunakan 10 hari sebelum Piala Dunia dilangsungkan dan 10 hari selepas Piala Dunia berakhir.

"Saya menjangkakan kempen Piala Dunia Russia boleh menyumbang ke arah membina jambatan perhubungan kami dengan negara lain selain dapat mempromosikan hubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat," kata Yermolov.

Advertisement

Must Watch Video