Russia 2018 memecahkan rekod untuk penalti paling banyak yang diberikan dalam Piala Dunia, dengan video bantuan pengadil (VAR) terus menjadi topik utama perdebatan.
Aksi dramatik di antara Portugal dan Iran yang berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B awal pagi tadi menyaksikan penalti ke-19 dan ke-20 dihadiahkan.
Penalti yang diambil pesaing kuat Kasut Emas, Cristiano Ronaldo, diselamatkan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand, setelah VAR membatalkan keputusan awal di padang.
Tandukan Sardar Azmoun dihalang oleh lengan Cedric Soares, dengan pengadil, Enrique Caceres, sekali lagi memilih untuk tidak terus menunjuk ke tempat penalti.
Selepas menonton VAR, Caceres memberikan penalti dan Karim Ansarifard menyudahkannya untuk membantu Iran meraih satu mata walaupun keputusan itu tidak mampu mengubah nasib skuad Carlos Queiroz itu yang sudah tersingkir daripada saingan.
Jumlah penalti dalam Piala Dunia terdahulu adalah 18 -- angka itu sudah dicapai dalam tiga kejohanan pada 1990, 1998 dan 2002.
VAR, yang digunakan untuk kali pertama dalam Piala Dunia, telah menjadi topik hangat sepanjang kejohanan, dengan pemain dan jurulatih mempunyai pendapat yang berbeza-beza terhadap penggunaannya.