Skip to main content

Bola Sepak

Rumput Stadium Darulmakmur dah baru, tapi Sri Pahang tak sempat rasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sdm.jpg
Padang terbaru Stadium Darulmakmur mula menampakkan hasil apabila pengubahsuaian yang berlangsung selama satu musim itu menampakkan hasil positif sejak awal November lalu.

Rumput Bermuda Tifgrand yang digunakan seperti sudah mencapai tahap matang dan menghijau subur dengan kemas.

Ia juga dilengkapi dengan sistem siraman automatik telah dan berfungsi dengan baik.

Menurut laporan Perbadanan Stadium Darulmakmur (PSDM), pemeriksaan sudah dilakukan oleh wakil Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mencapai piawaian pensijilan yang sesuai digunakan bagi aksi bola sepak.




Namun, makluman berkenaan status Sri Pahang tidak menunjukkan perkembangan yang baik, susulan kelab itu bakal dibubarkan musim depan.

Pemain yang masih mempunyai kontrak sudah menerima sepucuk surat mengenai Tok Gajah berkemungkinan besar tidak akan bertanding dalam Liga Super Malaysia. 

Masihkah ada sinar buat Sri Pahang kembali semula ke gelanggang keramat itu?

Untuk rekod, skuad kendalian Fandi Ahmad menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebagai venue rasmi aksi tempatan. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video