Karl-Heinz Rummenigge memberi petunjuk jelas bahawa Bayern Munich merancang menggunakan pilihan mereka untuk mengikat James Rodriguez.
Pemain Colombia itu menyertai Bayern daripada Real Madrid dalam perjanjian pinjaman selama dua tahun pada 2017, dengan perjanjian itu termasuk klausa €42 juta (RM192.9j) untuk membuat perpindahan tetap.
Di bawah kendalian Niko Kovac, James hanya memulakan 10 perlawanan Bundesliga musim ini tetapi pengerusi Bayern, Rummenigge, berkata dia yakin perjanjian itu akan dimuktamadkan sambil menegaskan semua orang di kelab itu bersetuju untuk mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu.
"Saya tampil sebagai peminat James -- dia mempunyai kaki kiri yang luar biasa dan bagi saya, dia adalah bintang berkelas dunia," kata Rummenigge kepada Munchner Abendzeitung.
"Kami mempunyai tempoh sehingga 15 Jun depan untuk menggunakan pilihan itu. Oleh itu, kami masih mempunyai banyak masa lagi. Namun, saya perlu mengatakan bahawa semua orang gembira dengannya dan saya yakin bahawa James akan kekal di Bayern musim depan.
"Saya pasti Niko Kovac tiada masalah dengannnya dan sekarang ini dia sangat gembira dengan James."
Bayern akan berdepan Wolfsburg dalam aksi Bundesliga malam ini sebelum mengalihkan tumpuan kepada pertemuan kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool, pertengahan minggu depan.
Barisan pemain Kovac itu juga resah menantikan perkembangan kecergasan beberapa tonggak pentingnya, termasuk David Alaba yang tidak terlepas sesi latihan terakhir semalam.