Ketua Jurulatih Gua Musang, Ruhaled Ab Hamid, yakin misi utama mencari bekalan selesa menjadi tumpuan utama pemainnya dalam final pusingan pertama Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), menentang wakil Sarawak, Serian, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam ini.
“Syukur kepada Allah atas kejayaan ini. Kami akan turun beraksi di gelanggang sendiri dengan misi mencari bekalan selesa, sekurang-kurangnya dua jaringan tanpa bolos untuk di bawa ke Kuching, 21 Mei depan.
“Kami sangat menghormati Serian dan masih mengganggap aura kemenangan, Kuching tahun lepas sentiasa bersama mereka namun dalam masa yang sama saya yakin semua pemain Gua Musamg mahu melakarkan sejarah gemilang bola sepak Kelantan dalam saingan LBR musim ini,”katanya.
Ruhaled juga mengesahkan penjaring terbanyak, Wan Mohamad Khaizuran (Wan Zulkipli) akan turun mengemudi jentera serangan Gua Musang untuk memburu jaringan bagi memastikan kejayaan pasukannya.
“Berita baik kepada semua penyokong Gua Musang apabila penjaring gol utama, Wan Mohamad Khaizuran bebas daripada penggantungan perlawanan dan cergas sepenuhnya untuk diturunkan,”katanya.
Ditanya mengenai tekanan yang bakal dialami oleh pemainnya, Ruhaled yakin pemain mampu menanganinya berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkan sepanjang menyertai LBR musim ini.
“Tekanan ada di mana-mana tetapi saya yakin dengan semua pemain yang cukup bersemangat. Prestasi pemain dalam setiap perlawanan (peringkat kumpulan sehingga kini) cukup baik dan rasanya tidak ada masalah dalam final malam ini,”katanya.
Gua Musang cuba melakar sejarah untuk merangkul Piala LBR musim ini apabila dalam separuh akhir beraksi cemerlang mengalahkan wakil Sabah, Keningau dengan agregat 4-2, bagi menempah pertemuan menarik menentang Serian dalam final.
Untuk rekod, Kuching menjadi pasukan pertama dinobatkan sebagai juara LBR apabila mengalahkan wakil Perlis, Padang Besar 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, tahun lepas.