Skip to main content

Bola Sepak

Rudy ragu-ragu untuk aksi menentang Korea Selatan

sebastianrudy-cropped_n6vuvla4e281x4jyrauwapww.jpg
Sebastian Rudy kini dalam keraguan untuk perlawanan terakhir Jerman di peringkat kumpulan Piala Dunia selepas diyakini mengalami patah hidung ketika kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Sweden di Stadium Fisht, awal pagi tadi.

Pemain tengah Bayern Munich itu terkena kasut pemain lawan selepas perlawanan berlangsung lebih setengah jam ketika Jerman ketinggalan hasil jaringan Ola Toivonen sebelum Marco Reus menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Toni Kroos kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 untuk melengkapkan kebangkitan semula dan membawa Jerman ke tangga kedua dalam Kumpulan F selepas mengharungi dua perlawanan.

Kemenangan ke atas Korea Selatan pada Rabu ini akan menjamin tempat Jerman di peringkat kalah mati tetapi ketua jurulatih, Joachim Low, memberitahu pemberita bahawa dia mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Rudy di bahagian tengah.

"Sebastian Rudy mungkin patah hidung. Pendarahan tidak berhenti, jadi kami terpaksa mengeluarkannya," kata Low yang menggantikan Rudy dengan Ilkay Gundogan.

"Bagaimanapun, dia masih boleh bermain pada Rabu ini. Kami perlu tunggu dan lihat," ujarnya.

Jerome Boateng akan terlepas pertembungan dengan Korea Selatan akibat penggantungan setelah dihalau keluar padang ketika perlawanan berbaki lapan minit menentang Sweden, dan Low menilai kerosakan pada skuadnya, dengan berkata: "Kami perlu meneliti dan lihat keadaannya.

"Pemain-pemain keletihan -- Marco Reus mula mengalami kekejangan di kakinya 10 minit sebelum wisel penamat, Boateng tidak akan bermain, Rudy patah hidung.

"Kami akan berehat dan bersiap sedia untuk menentang Korea Selatan esok. Kami perlu lihat siapa yang boleh bermain.

"Mats Hummels mungkin akan dapat beraksi dan menawarkan variasi lain di barisan belakang."
 

Advertisement

Must Watch Video