Antonio Rudiger amat berbesar hati yang Bayern Munich dikhabarkan berminat dengan khidmatnya, tetapi ketika ini pertahanan itu hanya fokus untuk menjelmakan prestasi yang baik bersama Chelsea.
Pertahanan tengah itu menjadi pilihan utama The Blues sejak kehadiran Thomas Tuchel dengan hanya Cesar Azpilicueta (2,054 minit permainan) telah beraksi lebih kerap dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian pengurus Jerman itu.
Bagaimanapun, masa depan tonggak berumur 28 tahun itu di Stamford Bridge samar memandangkan kontraknya bakal berakhir hujung musim ini, secara tidak langsung menimbulkan desas-desus perpindahannya secara percuma.
Bayern menjadi salah sebuah kelab yang dikaitkan dengannya dan Rudiger sempat mengulas mengenai spekulasi itu ketika dalam tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan, Jerman, menjelang kelayakan Piala Dunia 2024 bertemu Macedonia Utara dan Liechtenstein.
"Ia merupakan satu penghormatan buat saya, tetapi saya tidak akan membiarkan diri saya terlalu terganggu," katanya kepada media.
"Saya mempunyai kewajiban tertentu bersama kelab saya ketika ini dan ia perlu dilaksanakan. Tetapi ia juga menunjukkan bahawa anda telah melakukan banyak hal dengan baik dalam beberapa bulan dan tahun-tahun terakhir."
Pengurus Bayern, Julian Nagelsmann, ketika ditanya mengenai Rudiger baru-baru ini enggan membincangkan kemungkinan kehadiran pemain itu di Allianz Arena, namun tetap memuji tahap persembahannya.
"Saya tidak bercakap mengenai pemain kelab lain terutama di luar jendela perpindahan," kata pengurus muda itu.
"Tetapi saya akan bercakap sebagai peminat bola sepak: dia telah berkembang dengan baik.
"Thomas Tuchel telah melatihnya dengan baik. Dia pernah diketepikan di Chelsea tetapi sekarang dia adalah sosok penting. Saya tidak dapat mengulas lanjut lagi.
"Percaya atau tidak, saya belum bercakap dengan Brazzo (Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic) tentang hal itu. Sekalipun begitu, saya tidak akan mewar-warkannya.
"Saya harus melihat berapa lama baki kontraknya. Kemudian saya akan melihat apakah saya mempunyai wang di dalam dompet saya ini."
Dayot Upamecano bergabung dengan Bayern dalam jendela perpindahan terakhir bagi mengukuhkan benteng yang turut dibarisi Niklas Sule dan Lucas Hernandez, serta pemain muda, Josip Stanisic dan Tanguy Nianzou.

?️ @ToniRuediger on his first World Cup memory: "I was a big Ronaldo fan in 2002. His haircut was amazing and I had it too - not many people appreciated it during the final though."#DieMannschaft #GERROU pic.twitter.com/lmwamuTvNV
— Germany (@DFB_Team_EN) October 5, 2021