Pemain pertahanan Jerman, Antonio Rudiger, percaya dia melangkah ke satu tahap baru di Chelsea dan berharap dapat bekerja di bawah Antonio Conte di Stamford Bridge.
Rudiger menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari Roma dengan perjanjian yang dianggarkan mencecah £34 juta (RM191 juta), tidak lama selepas membuat empat penampilan dalam kempen Piala Konfederasi bersama Jerman.
Chelsea akan berlepas ke China untuk aksi pra-musim esok sementara Rudiger tidak sabar untuk mengenali rakan sepasukan baru seperti Victor Moses dan Marcos Alonso -- pemain yang mengalami peningkatan dalam sistem sayap Conte pada musim lalu.
"Bukan untuk tidak menghormati tetapi kita bercakap mengenai Roma dan Chelsea. Chelsea adalah kelab besar," kata pemain berusia 24 tahun itu ketika acara promosi di Tokyo.
"Roma juga kelab besar di Itali tetapi saya fikir Chelsea adalah di tahap yang berbeza dan tentunya alasan terbesar (untuk perpindahannya) ialah jurulatih, Antonio Conte.
"Saya bermain di Itali dan bercakap dengan beberapa rakan sepasukan -- contohnya (Daniele) De Rossi -- dan dia memberitahu saya banyak tentang Conte dan (kualitinya) dapat dilihat.
"Anda lihat musim lalu, pada musim-musim sebelum ini di Juventus dan Itali sebagai jurulatih kebangsaan. Dia adalah jurulatih yang hebat kerana dia pertingkatkan kualiti ramai pemain seperti Alonso dan Moses -- mereka bermain untuk musim yang sangat hebat.
"Itulah sebabnya saya fikir, 'saya mahu menjadi sebahagian daripada itu'."
Gaya fizikal Rudiger dijangka sesuai dengan EPL tetapi pemain tengah itu tidak memandang mudah cabaran mendatang.
"Saya tidak boleh mengatakan apa-apa kerana saya tidak bermain dalam EPL," katanya. "Kami akan melihat apabila saya bermain perlawanan pertama saya. Tetapi daripada televisyen, perlawanan pantas, perlawanan fizikal."