Pertahanan Manchester United, Luke Shaw, memuji pengaruh Cristiano Ronaldo terhadap mentaliti The Red Devils sejak kembali ke Old Trafford.
Ronaldo kembali ke United selepas 12 tahun pada Ogos lalu sebaik melewati karier di Real Madrid dan Juventus sejak melakukan kemunculan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Alex Ferguson pada 2003.
Sejak kembali, ketua pasukan Portugal itu telah meledak lima gol termasuk dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Sehubungan itu, Shaw menganggap karakter Ronaldo -- yang membuat penampilan ke-200 liga ketika pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer tersebut menentang Everton -- telah membawa impak positif kepada rakan sepasukannya.
"Anda tahu betapa menyerlahnya dia atas apa yang telah dilakukannya selama ini, sangat sukar untuk percaya bahawa saya berkongsi bilik persalinan dengannya," kata Shaw kepada BBC Radio 5 Live.
"Anda melihat cara dia mempersiapkan dirinya sendiri, sejauh mana tahap profesionalismenya. Ia merupakan formula dia kekal di kemuncak prestasi sejak sekian lama.
"Kekuatan mentalnya tiada tandingan. Saya rasa dia telah meningkatkan aspek itu di persekitaran bilik persalinan."

Apa pun, pasukan yang berpangkalan di Old Trafford itu memperagakan prestasi tidak menentu biarpun hanya dua mata dipisahkan dengan pendahulu, Chelsea, selepas tumbang kepada Aston Villa dan seri dengan Everton dalam dua perlawanan terakhir liga.
Dalam masa sama, Ronaldo tetap memberikan prestasi hebat dan kini mengumpul 87 gol liga untuk pasukan kendalian Solskjaer tersebut.