Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo tidak perlu buktikan apa-apa -- Cancelo

ronaldo.jpg
Joao Cancelo teruja menyaksikan Cristiano Ronaldo kembali memperkuatkan skuad Portugal sementara menjelaskan bintang itu tidak perlu membuktikan apa-apa.

Ronaldo kali terakhir menyarung jersi Portugal dalam saingan Piala Dunia 2018 tetapi akan kembali menjadi sebahagian daripada pasukan untuk saingan kelayakan Euro 2020 berdepan Ukraine dan Serbia.

Rakan senegara dan Juventus, Cancelo, gembira menyaksikan Ronaldo kembali beraksi untuk Portugal.

"Ronaldo meningkatkan kualiti mana-mana pasukan dia beraksi," kata Cancelo.

"Kami menikmati setiap saat bergandingan dengan Ronaldo dalam skuad kebangsaan serta Juventus. Dia pemain yang mampu membantu kami dan dia sangat penting.

"Ronaldo tidak perlu membuktikan apa-apa lagi kepada sesiapa.

"Dalam skuad kebangsaan atau kelab, dia telah melakar sejarah menerusi kualiti yang dipamerkan."

Portugal akan menerima kunjungan Ukraine di Lisbon esok sebelum berdepan Serbia di Estadio da Luz tiga hari berikutnya.
 

Advertisement

Must Watch Video