Cristiano Ronaldo tidak menyertai sesi latihan Manchester United semalam kerana urusan keluarga, demikian dilaporkan media-media antarabangsa.
Pemain kebangsaan Portugal itu pada hujung minggu lalu dikatakan sudah menyuarakan keinginannya untuk meninggalkan United seandainya kelab itu mendapat tawaran yang memuaskan.
Dia sepatutnya kembali menyertai sesi latihan bersama pemain United yang lain semalam.
Bagaimanapun, pada ketika bintang-bintang United lain sudah mula membiasakan diri dengan cara latihan pengurus baru, Erik ten Hag, Ronaldo pula tidak muncul di Carrington.
Ronaldo, dalam pada itu, menjelaskan bahawa ketiadaannya itu sudah diluluskan sepenuhnya oleh pengurusan United.
Pasukan bimbingan Ten Hag berkenaan akan memulakan aksi pramusim pertama dengan menentang Liverpool di Bangkok minggu depan.

⚽️??♂️ pic.twitter.com/MUY0MpqUcF
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) June 24, 2022