Cristiano Ronaldo percaya Serie A mengekalkan reputasi sebagai liga yang menampilkan amalan bertahan ampuh dalam bola sepak dunia.
Ronaldo menyertai Juventus tahun lalu selepas melalui kerjaya gemilang di Real Madrid apabila meninggalkan ibu kota Sepanyol itu selaku penjaring terbanyak.
Pemain berusia 34 tahun itu setakat ini telah meledak 19 gol dalam 26 penampilan bersama jaguh Itali berkenaan untuk Juve meniti kejuaraan Scudetto kelapan berturut-turut.
Bagaimanapun, dia memberitahu DAZN bahawa semua itu bukan diperoleh dengan mudah apabila berkata: "Saya telah menyesuaikan diri dengan liga Itali dan ia adalah liga yang sukar -- yang paling sukar buat semua penyerang.
"Ia adalah liga yang paling sukar buat saya, ia penuh dengan pemain berkualiti."
Walaupun beberapa kali menghukum kelab Itali itu dalam kempen UCL ketika membantu Madrid, mutu pertahanan dalam Serie A tetap mengundang perhatian Ronaldo.
"Saya tidak menjangkakan kualiti ini dalam liga Itali, mereka sangat bagus," katanya.
"Semuanya berjalan dengan baik. Saya berpendapat sukar untuk menjaringkan gol dalam liga Itali berbanding di Sepanyol. Liga Sepanyol lebih terbuka, pasukannnya lebih suka mengambil risiko.
"Di sini, keutamaan pasukan adalah bertahan terlebih dahulu, kemudian menyerang.
"Itu tidak terjadi di Sepanyol. Permainan di Sepanyol lebih terbuka. Begitu juga dengan Liga Perdana Inggeris di mana saya pernah beraksi di sana selama lima tahun (bersama Manchester United].
"Pada pendapat saya, adalah sukar untuk menjaringkan gol dalam liga Itali."