Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo sentiasa pemain terbaik dunia -- Fonte

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo_1.jpg
Pertahanan Portugal, Jose Fonte, berasakan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo, akan sentiasa menjadi pemain terbaik dunia.

Bintang Real Madrid itu menikmati prestasi cemerlang dalam saingan Piala Dunia di Russia, dengan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan dan membantu Portugal layak ke pusingan seterusnya -- termasuk dengan hatrik ketika berdepan Sepanyol.

Ronaldo kemudian menjaringkan gol tunggal ketika Portugal meraih kemenangan 1-0 ke atas Maghribi kelmarin dan dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi anugerah Kasut Emas.

Ketika perdebatan di antara peminat bola sepak masih lagi berterusan dalam memilih pemain terbaik dunia di antara Ronaldo dan bintang Barcelona, Lionel Messi, Fonte tidak memiliki sebarang keraguan.

"Bagi saya, Ronaldo sentiasa pemain terbaik dunia," kata Fonte.

"Ia merupakan satu perdebatan yang sukar. Bagi kami, Ronaldo adalah yang terbaik dan itu perkara yang penting.

"Dia telah memecahkan semua rekod, terus menjaringkan gol dan sentiasa memberikan kejutan. Saya pasti dia akan terus melakukannya pada masa akan datang," tambahnya.

Ronaldo menjadi pemain yang menyerlah buat Portugal sepanjang saingan Piala Dunia dan terdapat pihak yang menyatakan mereka terlalu bergantung kepadanya. Fonte bagaimanapun menerima cadangan itu.

"Ronaldo sememangnya menjadi pengaruh kepada pasukan ini. Ia sama seperti pasukan-pasukan lain jika mereka memiliki pemain sepertinya.

"Portugal sangat bertuah kerana memiliki Ronaldo. Kami bermain dengan cara untuk menyesuaikan diri dengan Ronaldo."
 

Advertisement

Must Watch Video