Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menjadi pemain kedua untuk menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas membantu pasukan meraih kemenangan ke atas Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.
Ronaldo menanduk masuk hantaran silang Lucas Vazquez pada minit ke-51 dalam aksi timbal balik di Parc des Princes untuk membantu Real meraih kemenangan 2-1, sekali gus melakar kejayaan 5-2 secara agregat.
Bintang Portugal itu menyertai bekas penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy (2003) sebagai pemain yang menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan UCL berturut-turut.
Ronaldo menjaringkan 14 gol dalam sembilan perlawanan manakala Van Nistelrooy mencipta 12 gol.