Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo mungkin turun bertemu Fulham -- Ten Hag

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo_vavak7r4fhwn1j5kyznm8pjuo.jpg
Pengurus Manchester United Erik ten Hag tidak pasti ketersediaan Cristiano Ronaldo menentang Fulham selepas penyerang itu mengalami masalah kesihatan.

United bertandang ke Craven Cottage untuk aksi Liga Perdana Inggeris esok bagi perlawanan terakhir mereka sebelum musim berakhir untuk Piala Dunia di Qatar, dengan persoalan berlarutan sama ada pemain tersebut akan mengelak daripada terlibat sepanjang hujung minggu terakhir bagi mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan.

Ten Hag menegaskan bahawa perkara itu tidak berlaku di United dan, walaupun Ronaldo tidak menampilkan aksi terbaik sejak kebelakangan ini, terdapat 'kemungkinan' dia akan beraksi.

"Saya rasa semua pemain sedar tentang kepentingan perlawanan ini. Kami bertemu Fulham, dan saya tidak akan mengambil kira Piala Dunia. Kami akan menurunkan skuad terbaik esok -- itu satu-satunya keutamaan untuk Manchester United," kata Ten Hag.

"Saya tidak boleh menjamin bahawa sekarang [Ronaldo dapat beraksi], tetapi dia sakit hari ini, jadi dia masih mempunyai masa untuk pulih, ia bukan penyakit serius yang mengambil masa beberapa hari atau minggu. Jadi saya fikir ada kemungkinan dia akan bersedia dan dia akan berada dalam skuad."

⏩ Making forward strides. #MUFC || #CarabaoCup pic.twitter.com/IpFchAZx3d
— Manchester United (@ManUtd) November 11, 2022

Ditanyakan mengenai perkembangan pasukan, Ten Hag berkata, "Jika anda melihat kemajuan skuad ini, maka anda boleh menganalisis dan anda boleh membuat penilaian. Saya fikir kita telah meningkat berbanding sebelum ini.

"Memberikan tekanan kepada pasukan, penyerang turut terlibat ketika berusaha merampas bola, itu adalah sebahagian daripada permainan yang perlu kami perbaiki, tetapi kemudian anda perlu pemain yang cukup untuk diturunkan. Apabila kami mempunyai begitu banyak perlawanan, anda memerlukan penggiliran. Jika tidak, skuad akan gagal berfungsi dengan baik kerana terdapat pemain yang tidak rehat secukupnya.

"Kami memerlukan pemain yang tersedia di peringkat tertinggi. Jadi kami memerlukan pemain baharu atau menggunakan pemain yang kami miliki."

Advertisement

Must Watch Video