Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo kembali ke England untuk bincang masa depan di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo dilaporkan sudah kembali ke England untuk membincangkan mengenai masa depannya bersama Manchester United.

Ronaldo tidak menyertai siri jelajah United di Thailand dan Australia, dan masih belum mengambil bahagian daalam sebarang sesi latihan pramusim atas alasan urusan keluarga.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang dikatakan sudah memohon untuk meninggalkan Old Trafford, dilaporkan menjalani latihan di Portugal.

Dengan United akan kembali menjalani latihan di Carrinton minggu ini, The Athletic melaporkan bahawa Ronaldo sudahpun kembali ke England.

Masih belum ada kepastian sama ada pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu akan menjalani latihan bersama pasukannya hari ini tetapi United dikatakan bersedia untuk menamatkan spekulasi berkenaan pemain itu dengan sesuatu yang positif.

Ronaldo menjaringkan 18 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu -- hanya Mohamed Salah dan Son Heung-min (23) mempunyai rekod lebih baik -- tetapi United hanya dapat menamatkan saingan di tempat keenam dengan pungutan mata terendah yang pernah dikumpulkan mereka sepanjang sejarah kejohanan itu.



Bintang Portugal itu masih belum bertemu pengurus baru United, Erik ten Hag, tetapi pengendali itu mendedahkan bahawa Ronaldo merupakan sebahagian daripada perancangannya musim ini dan mungkin dalam musim-musim berikutnya.

United hanya memiliki baki dua aksi persahabatan menentang Atletico Madrid dan Rayo Vallecano hujung minggu ini sebelum memulakan kempen EPL pada 7 Ogos ini.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video