Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo jelaskan sebab tidak hadir anugerah FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-cropped_pv0tue4y5lau1aa3qz4ivevq1.jpg
Cristiano Ronaldo memberikan mesej melalui laman Instagram peribadi bagi menjelaskan sebab dia tidak hadir ke majlis Anugerah Best FIFA di mana Lionel Messi dinamakan Pemain Terbaik FIFA.

Ronaldo menduduki tempat ketiga di belakang Messi dan bintang Liverpool, Virgil Van Dijk, tetapi membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis yang diadakan di Milan, awal pagi tadi.

Pemain berusia 34 tahun itu diketepikan daripada skuad Juventus menjelang aksi menentang Brescia, awal pagi esok susulan masalah kecederaan.

Selepas majlis anugerah itu diadakan, Ronaldo memberikan mesej melalui laman Instagram peribadi. 

"Kesabaran dan kesinambungan adalah dua perwatakan yang membezakan profesional dan amatur," katanya.

"Segala perkara besar pada hari ini bermula daripada yang kecil. Anda tidak boleh lakukan semuanya tetapi mencuba untuk memastikan impian menjadi kenyataan.

"Sentiasa ingat bahawa subuh akan menjelang selepas malam."

Ronaldo meraih anugerah Pemain Terbaik FIFA bagi tahun 2016 dan 2017 sebelum menduduki tempat kedua di belakang Luka Modric tahun lalu.

Penggempur itu menjaringkan dua gol daripada lima perlawanan musim ini bersama Juve yang kini menduduki tangga kedua Serie A di belakang Inter Milan.

Advertisement

Must Watch Video