Cristiano Ronaldo memuji rakan sepasukannya selepas mengetuai Portugal mengikat Sepanyol 3-3 dalam aksi pertama Kumpulan B, awal pagi tadi, sambil menyifatkan hatrik yang dilakukan sebagai catatan terbaik buatnya.
Bintang Real Madrid itu membuka tirai jaringan pada minit keempat di Sochi menerusi sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh rakan sepasukan di Madrid, Nacho Fernandez.
Kesilapan penjaga gol lawan, David De Gea, yang gagal menampan kemas percubaan Ronaldo memberikan jaringan kedua buat Sepanyol, sebelum dia melengkapkan hatrik ketika perlawanan berbaki dua minit untuk ditamatkan menerusi sepakan percuma, membuatkan Ronaldo yakin pasukannya mampu melangkah jauh dalam saingan kali ini.
"Saya sangat gembira," kata Ronaldo.
"Ia adalah catatan terbaik dalam karier kerana terlalu indah dan menjadi satu lagi rekod baru.
"Sangat penting untuk melihat kepada apa yang telah dilakukan oleh pasukan, beraksi menentang pasukan pilihan dalam Piala Dunia. Bagi saya, ia satu keputusan yang memuaskan.
"Kami sangat gembira selepas berjuang sepanjang perlawanan. Kini, kami memikirkan aksi seterusnya."
Satu mata yang dikutip sewaktu berdepan juara 2010 itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan Portugal mahu mencatat kemenangan dalam aksi seterusnya berdepan Maghribi.
"Kami harus melihat perlawanan demi perlawanan. Kita semua tahu siapa pilihan tetapi kami adalah calonnya.
"Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, kami harus mengatasi Maghribi. Mereka beraksi dengan baik dan kami juga harus melakukannya."