Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo elak digantung tetapi tetap didenda

cristianoronaldo-cropped_b9ui9uv6ffna1peoog6x68jjn.jpg
Cristiano Ronaldo akan turun mewakili Juventus dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Ajax setelah didenda EUR20,000 (RM91,000) akibat cara dia meraikan gol ketika menentang Atletico Madrid dalam saingan pusingan 16.

Ketinggalan 2-0 dalam aksi pertama, Juve tetap berupaya bangkit dalam perlawanan kedua menerusi kemenangan 3-0 hasil jaringan hatrik Ronaldo di Stadium Allianz untuk menempah tiket berdepan lawan yang menundukkan Real Madrid itu.

Ronaldo meraikan kejayaan hatrik itu dengan gaya 'cojone' sebagai tindak balas terhadap pengendali Atletico, Diego Simeone, yang menggenggam celah kelangkangnya sewaktu pasukan bimbingannya itu menguasai perlawanan pertama di Wanda Metropolitano.

Simeone juga, seperti Ronaldo, didakwa kerana tingkah laku di atas padang serta didenda RM91,000 tetapi dia bebas mengendalikan Atletico dalam aksi kedua di Turin.

Pengumuman Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) itu bermakna Ronaldo akan turun menentang Ajax dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Amsterdam, 10 April depan.

Advertisement

Must Watch Video