Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo bakal timang anak kembar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo.jpg
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, dan pasangannya, Georgina Rodriguez, dijangka bakal menimang cahaya mata kembar.

Pasangan itu mengesahkan perkara berkenaan dalam Instagram dengan berkata: "Sukacita mengumumkan bahawa kami dijangka akan menimang anak kembar. Hati kami dipenuhi dengan kasih sayang -- kami tidak sabar untuk melihat anda."

Georgina merupakan ibu kepada anak Ronaldo, Alana, yang kini berusia tiga tahun.

Ronaldo juga mempunyai tiga orang anak lain, iaitu Cristiano Jnr, 11, dan pasangan kembar, Eva dan Mateo, yang kini berusia empat tahun.

"Manchester United","Cristiano Ronaldo","Bola Sepak","Liga Perdana Inggeris"
Kiriman Instagram terbaru itu mengumpukan lebih 16.7 juta tanda suka selepas hanya tiga jam ia dikirim.

Sebagai rekod, Ronaldo telah menjaringkan enam gol daripada sembilan penampilan buat United sejak tiba daripada Juventus pada penghujung jendela perpindahan lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video