Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo bakal hantui Singa Atlas

portugal.jpg
Andre Silva mahu menikmati peluang bermain dengan "pemain terbaik dunia", Cristiano Ronaldo, sekiranya terpilih dalam kesebelasan utama di samping bintang Real Madrid itu tatkala Portugal bersiap menentang Maghribi, Rabu ini. 

Jurulatih Portugal, Fernando Santos, memilih untuk menggandingkan Goncalo Guedes dengan Ronaldo ketika seri 3-3 dengan Sepanyol di Sochi yang menyaksikan ketua pasukan dan pemenang Euro 2016 tersebut meraikan sepakan percuma yang menakjubkan pada minit ke-88 untuk menafikan salah satu pasukan kegemaran temasya Russia 2018 yang dilanda kontroversi susulan pemecatan ketua jurulatih, Julen Lopetegui, pada malam kejohanan itu.

Ronaldo, 33, muncul penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dan merupakan pemain keempat yang mencetak gol dalam empat edisi berbeza.

Dan sekiranya Santos meletakkan Silva dari sepak mula, maka pemain AC Milan itu sedar dia memiliki peluang istimewa untuk bergandingan dengan salah seorang pemain terhebat.

"Biar saya beritahu kamu, bermain di samping Ronaldo merupakan impian," katanya seperti dipetik daripada A Bola.

"Saya boleh mengatakan bahawa banyak perkara menjadi lebih mudah dengan adanya Ronaldo. Dia adalah pemain terbaik di dunia. Banyak perkara tercetus secara semula jadi, kadang-kadang ketika kami berdepan saat sukar, dia memudahkannya. 

"Kami memahami di antara satu sama lain dengan baik, seronok dapat beraksi di sampingnya. Saya ada apabila dia memerlukan saya untuk melakukan sesuatu, begitulah sebaliknya. 

"Saya juga mencipta ruang, kami bergerak untuk membuka ruang di antara satu sama lain, saya harap segalanya akan berjalan lancar," tambahnya.

Ditanya mengenai peluangnya untuk dipilih, Silva berkata: "Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya, ini adalah tugas jurulatih. Tiada siapa yang tahu sama ada mereka akan bermain atau tidak.

"Apa yang saya tahu, saya telah memberikan yang terbaik. Semua pemain mahu menyertai skuad utama tetapi kami semua akur dengan pilihan jurulatih."

Maghribi dijangka turun tanpa Nordin Amrabat ekoran kecederaan kepala yang dialaminya semasa kekalahan 0-1 kepada Iran, namun pemain tengah menyerang, Faycal Fajr, kekal positif meskipun mennyumbat gol sendiri pada minit ke-90 ketika mereka mendominasi perlawanan di St Petersburg tempoh hari.

Dia berkata: "Kami sudah tidak sabar lagi untuk menghadapi Portugal, kami belum tersingkir. Kami percaya untuk meraih kejayaan bagi membanggakan penyokong dan rakyat Maghribi. Kami hanya tewas dalam pertempuran, bukan peperangan."
 
PEMAIN TUMPUAN 

Portugal: Cristiano Ronaldo


Kadang-kadang sukar untuk mengingati 10 pemain lain yang berjuang di atas padang buat Portugal pada saat Ronaldo sedang menikmati salah satu perlawanan terbaiknya. 

Dia mungkin telah memenangi Trofi Henri Delaunay di Paris dua tahun lalu, namun setelah mengalami kecederaan lutut pada awal perlawanan itu, penyerang luar biasa itu pasti bertekad untuk mengakhiri karier antarabangsanya dengan kejayaan Piala Dunia.

Maghribi: Aziz Bouhaddouz

Hanya selepas 13 minit diperkenalkan sebagai pemain gantian, kredibiliti Aziz Bouhaddouz tercalar angkara gol sendiri yang menyaksikan pasukannya pulang dengan tangan kosong selepas tewas 0-1 kepada Iran biarpun menguasai 68 peratus perlawanan.

Sekiranya dia diturunkan dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian, semua mata akan tertumpu kepada tonggak St. Pauli yang malang itu. 

Advertisement

Must Watch Video