LIGA INGGERIS
Ronaldo antara perkara positif buat Man United musim ini -- Dalot
Kehadiran Cristiano Ronaldo merupakan 'salah satu perkara paling positif' dalam musim Manchester United yang mengecewakan, menurut Diogo Dalot, yang tidak sabar untuk berkerjasama di bawah kendalian Erik ten Hag.
Ronaldo telah menjaringkan 23 gol dan menghasilkan tiga bantuan jaringan dalam 36 penampilan bagi semua pertandingan sejak kembali ke Old Trafford pada permulaan musim, dan telah menjaringkan lapan daripada sembilan gol terakhir Red Devils dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagaimanapun, United sekadar menghuni tangga keenam liga selepas mengharungi musim mengecewakan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick, serta telah melewati lima tahun tanpa gelaran.
Iklan
Di sebalik pasukan yang sedang bergelut, Dalot memuji impak yang dilakukan oleh rakan senegaranya, Ronaldo.
"Saya pasti saya bercakap bukan hanya untuk diri saya, tetapi dia merupakan antara perkara yang positif musim ini," kata Dalot kepada Sky Sports. "Bekerja dengan seorang yang memiliki budaya untuk sentiasa berusaha menghadirkan aksi terbaik, sikap profesionalisme, mentalitinya dan kini dapat melihat dengan lebih dekat... ia secara tidak langsung dapat membantu saya dan karier saya.
"Anda semua dapat melihat statistik yang dihasilkan Ronaldo, jadi kami sangat gembira dengan kehadirannya dalam pasukan. Seorang yang peramah. Apabila dia berasakan dia mendapat kepercayaan orang lain, dia memberikan 100 peratus dirinya kepada anda.
"Semua orang bergaul dengannya di sini, semua orang suka berada di sisinya. Ia sentiasa menjadi kelebihan besar untuk mempunyai pemain dan orang seperti ini di bilik persalinan."
The Red Devils berdepan Brentford dalam perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri musim EPL awal pagi esok, dengan Ronaldo ingin menambah 24 sumbangan gol (18 gol, enam bantuan jaringan).
United berharap kedatangan pengendali Ajax, Ten Hag, yang hampir tiba akan menamatkan era bergelora untuk kelab itu, dan Dalot berkata skuad itu teruja dengan prospek menyesuaikan diri dengan gaya berasaskan penguasaan pengurus kelahiran Belanda itu.
"Saya tidak fikir anda perlu melihat banyak perkara untuk mengetahui bahawa dia seorang pengurus yang hebat. Apa yang dia lakukan dengan Ajax adalah sesuatu yang luar biasa," tambah Dalot.
"Dia bermain bola sepak yang sangat menarik, saya rasa setiap peminat United teruja untuk mempunyai pengurus seperti ini, dan pemain juga begitu.
"Dalam kepala kami, ia akan menjadi jelas siapa pengurus musim depan, dan itu bagus kerana kami pergi untuk berehat mengetahui siapa yang diharapkan. Kemudian kami akan mempunyai masa dalam pramusim untuk bekerjasama, mendapatkan idea kami dengan betul dan mulakan musim baru."
Must-Watch Video