Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo, akan sentiasa ingin menjaringkan gol walaupun melewati tempoh karier bermainnya, kata pengendali Manchester City, Pep Guardiola.
Pemain kebangsaan Portugal itu meneruskan rentak cemerlang sejak kembali United Ogos lalu, menjaringkan sembilan gol dalam 11 penampilan.
Ia termasuk dua gol bertemu Atalanta dalam Liga Juara-Juara menjadikan lima gol dalam empat perlawanan saingan tersebut, tiga daripada selepas minit ke-81.
Ronaldo ketinggalan dua sebelum merekodkan 800 gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara, satu pencapaian yang boleh dicapainya dalam pertembungan sengit Liga Perdana Inggeris malam ini bertemu City.
Bekas pemain Sporting CP, Real Madrid dan Juventus, Ronaldo, telah menjaringkan tiga gol dalam lima pertemuan derby Manchester, paling terbaru hadir pada Mei 2009.
Guardiola memuji karier panjang pemain berusia 36 tahun itu ketika City mencari peluang untuk menamatkan rentetan empat perlawanan liga tanpa kemenangan bertemu United.
“Dia akan menjaringkan gol sepanjang hidupnya,” kata Guardiola kepada Sky Sports. "Dia akan berusia 75 tahun, mungkin bersara, tetapi dia akan bermain bola dan dia akan menjaringkan gol.
"Lelaki seperti [Lionel] Messi, seperti dia, apa yang telah mereka lakukan dalam dekad terakhir dalam bola sepak dunia, menjaringkan gol dan gol dan gol serta membantu pasukan mereka menang."
Ronaldo menamatkan saingan Serie A musim lalu dengan 29 gol, menjadikan dia pemain pertama muncul sebagai penjaring terbanyak di Itali, Sepanyol dan England.