Skip to main content

Bola Sepak

Roma tempelak penyokong sendiri kerana beri imej buruk

james-pallotta.jpg
Presiden AS Roma, James Pallotta, menempelak penyokong yang merosakkan reputasi kelabnya selepas seorang peminat Liverpool dilaporkan cedera serius dalam insiden membabitkan aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Anfield, Rabu lalu. 

Seorang lelaki berusia 53 tahun ditinggalkan dalam keadaan kritikal akibat serangan yang didakwa berhampiran Anfield itu yang menyaksikan dua rakyat Itali didenda dan ditahan oleh Polis Merseyside.

Sungguhpun Pallotta percaya 99.9 peratus penyokong Roma adalah hebat, dia menegaskan tingkah laku beberapa individu yang melakukan perkara-perkara bodoh perlu diubah. 

"Kami mempunyai sejarah yang panjang di Roma dan apa yang berlaku apabila anda mempunyai beberapa orang bodoh yang memusnahkan sejarah kami. Mereka menyerang warisan kami dan saya bosan dengannya," kata presiden Roma itu kepada pemberita.

"Ia bukan masalah Roma semata-mata, sebaliknya ia menjadi masalah kepada Itali dan ia menjadi isu kepada pihak berkuasa dan ia adalah satu isu bagi kita semua untuk bersatu dan akhirnya bangkit supaya kita tidak terpalit dengan reputasi ini -- itu tidak sepatutnya di seluruh dunia -- peminat kami bukan sekadar peminat yang baik, penyokong kami adalah peminat terbaik di dunia.

"Hanya kerana angkara beberapa orang bodoh, kami yang lain terpalit," ujarnya.

Pallotta mengulangi bahawa dia tidak berasakan penyokong Roma harus dilayan teruk berikutan keganasan di Anfield yang berkesudahan dengan kekalahan 5-2.

"Ia perlawanan yang hebat tetapi bukanlah di antara bukan hidup dan mati," katanya. "Apa yang terjadi terhadap (mangsa) Sean Cox yang terlantar di Liverpool, itulah tentang hidup dan mati, ia memberi kesan kepada keluarganya.

"Saya tidak langsung tidak peduli dengan keputusan perlawanan. Ini mengecewakan saya kerana Roma akan dipersalahkan disebabkan beberapa individu yang melakukan perkara-perkara bodoh."

Liverpool telah mengadakan perbincangan dengan Roma dan pihak berkuasa Itali bagi memastikan penyokong pelawat dapat berkunjung dengan selamat dalam aksi timbal balik. 

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp, mendesak peminat supaya merancang perjalanan ke ibu negara Itali itu dan mengelak daripada mencetuskan masalah.

"Semua orang tahu kalau pergi ke sana, berwaspadalah dan semoga semua orang bertanggungjawab," kata Klopp selepas seri tanpa jaringan dengan Stoke City, malam tadi. 

"Gunakan akal, tolonglah. Jika anda berasa tidak selamat, tinggal sahaja di hotel, pulang sahaja dan kami akan bermain tanpa sokongan peminat, tiada siapa yang perlu takut atau apa-apa. 

"Saya benar-benar tidak faham masih perlu bercakap tentang hal ini dan semoga pasukan polis dari semua negara bersama-sama memastikan tiada apa-apa yang berlaku. Dan Rom boleh membuktikan bahawa ia hanyalah khabar angin," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video