Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rodrigo bangga Valencia mara ke final

rodrigo-moreno.jpg
VALENCIA 1 REAL BETIS 0
(Valencia ke final menerusi agregat 3-2)

Rodrigo Moreno mengakui ia akan menjadi satu perlawanan yang istimewa apabila Valencia berdepan Barcelona dalam aksi final Copa del Rey dalam tahun ke-100 kelab itu.


Penyerang Sepanyol tersebut menyumbangkan jaringan tunggal buat skuad kendalian Marcelino itu untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Real Betis untuk mara ke final menerusi agregat 3-2.

Ini bermakna Valencia akan bermain dalam aksi final buat kali pertama sejak memenanginya pada 2008, dengan perlawanan yang bakal berlangsung dua bulan selepas menyambut ulang tahun yang ke-100.

Rodrigo berkata peluang berdepan Barca akan dinikmati oleh setiap individu yang terlibat dengan kelab itu.

"Ia adalah musim yang istimewa buat kelab yang menyambut ulang tahun ke-100 dan kami sangat gembira kerana melangkah ke final," kata Rodrigo.

"Kami telah bermain secara penuh bersemangat dalam saingan kalah mati ini dan berhak ke final.

"Kami menyedari jika berjaya mengawal rentak permainan, kami berpeluang untuk ke final.

"Mara ke final ini adalah untuk semua pihak yang terlibat dalam kelab ini."

Betis, yang mendahului 2-0 sebelum bolos dua gol dalam aksi pertama, mendominasi permainan di Mestalla tetapi gagal memecah kebuntuan.

Pertahanan, Marc Bartra, berasa kecewa kerana gagal melangkah ke final selepas disingkirkan daripada saingan Liga Europa oleh Rennes.

"Kami benar-benar mahu ke final," kata Bartra. "Kami mahu membuktikan kemampuan pasukan ini.

"Saya sangat berbangga dengan pasukan ini. Saya memohon maaf kepada semua pihak dan mengucapkan tahniah kepada Valencia."

Advertisement

Must Watch Video