Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, berkata dia tidak gentar mengenai seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menunjukkan minat terhadap Harry Maguire.
Pertahanan England, Maguire, dilaporkan telah menarik minat beberapa kelab besar dalam Liga Perdana Inggeris, termasuk Manchester United, yang hangat dikaitkan untuk mendapatkannya.
Rodgers -- yang mengalami kekalahan 2-1 di tangan Watford dalam aksi pertama mengendalikan pasukan itu Ahad lalu -- tidak akan risau sekiranya salah satu daripada enam pasukan gergasi England hadir memberikan tawaran buat pemain berusia 26 tahun itu.
"Dia memenangi tandukan, sangat kuat dan berani," ujar Rodgers.
"Tetapi corak permainan yang sering saya terapkan, mereka perlu sentiasa selesa dengan bola di bahagian bawah dan dia boleh melakukan kemaraan serta hantaran, jadi dia adalah pemain yang sangat berbakat.
"Seteru liga mungkin akan hadir tetapi ia tidak menggusarkan saya.
"Saya rasa apa yang boleh anda risaukan adalah sama ada anda mampu mendapatkan prestasi terbaik pasukan.
"Anda sentiasa perlu bersedia dengan detik seperti itu. Namun, ketika ini, saya memikirkan tentang pasukan dan cuba melakukan yang terbaik."
Rodgers bakal melalui aksi pertama di laman sendiri menentang Fulham dan Maguire yakin pemain Leicester akan dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan corak bekas pengendali Celtic itu.
"Masa diperlukan untuk dia mendapatkan sentuhan," kata Maguire.
"Dia baru tiba di sini selama beberapa hari, jadi dia perlu memberikan tunjuk ajar di bahagian yang dia mahu kami perbaiki.
"Saya pasti Rodgers mempunyai falsafah bagaimana dia mahu bermain dan pemain akan memahaminya. Jadi, saya pasti kami akan berjaya."