LIGA INGGERIS
Richarlison digantung satu perlawanan menjelang aksi pertama dengan Tottenham
Penyerang baru Tottenham, Richarlison, digantung satu perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England (FA) kerana berkelakuan tidak sopan dengan membaling bom asap ketika Everton menewaskan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Mei lalu.
Pemain kebangsaan Brazil itu baru sahaja menyertai Spurs daripada The Toffees dengan kontrak lima tahun yang dilaporkan melibatkan pembayaran awal £50 juta (RM264.57 juta).
Bagaimanapun, dia akan terlepas aksi pertama pasukannya dalam musim 2022-23 selepas menerima penggantungan satu perlawanan kerana kesalahan sewaktu di kelab lamanya, di mana dia membaling bom asap ke tempat duduk penonton selepas menjaringkan gol di Goodison Park.
Iklan
"Satu Suruhanjaya Kawal Selia bebas telah menggantung Richarlison de Andrade untuk satu perlawanan dan mendendanya £25,000 kerana pelanggar Peraturan FA E3 sewaktu perlawanan EPL pada Ahad, 1 Mei 2022," kata kenyataan yang dikeluarkan FA.
"Penyerang Tottenham Hotspur FC itu mengakui kelakuannya sewaktu mewakili Everton FC pada minit ke-46 perlawanan menentang Chelsea adalah tidak sopan dan penggantungannya telah dikenakan pada sesi pendengaran selepas itu."
Penggantungan itu menyaksikan Richarlison tidak dapat melakukan penampilan pertamanya ketika Spurs membuka aksi EPL musim ini dengan berdepan Southampton pada 13 Ogos depan.
— Richarlison Andrade (@richarlison97) July 3, 2022
Must-Watch Video