Skip to main content

Bola Sepak

Richard Scully kongsi pandangan berbeza kehadiran Presiden FIFA ke Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

richard.jpg
Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Richard Scully, menyifatkan kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, ke Kuala Lumpur (KL) sebagai peluang terbaik buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai isu tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Mantan tonggak Penang itu melihat pelancaran FIFA Arena yang dijadualkan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Kelana Jaya, Selangor sebagai petanda baik buat bola sepak negara terutamanya membabitkan program pembangunan akar umbi, esok.

Richard Scully turut berharap agar segala kemelut yang melanda pasukan kebangsaan ketika ini dapat menemui jalan penyelesaian terbaik demi memastikan kelangsungan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.

Untuk rekod, kehadiran Infantino adalah bagi memenuhi jemputan Sekreteriat Sidang Kemuncak Asia Tenggara (ASEAN) ke-47, sekali gus membincangkan hal pembangunan bola sepak ASEAN secara menyeluruh.

"Satu peluang terbaik buat pihak pengurusan FAM bersemuka dengan Infantino bagi berbincang mengenai keadaan semasa tentang apakah yang sedang berlaku.

"Walaupun, bukannya secara rasmi dia hadir untuk tujuan berkenaan.

"Namun, kesempatan ini harus digunakan sebaiknya kerana ia peluang yang baik.

"Apa jua yang berlaku, kita mahukan pencerahan yang baik daripada Presiden FIFA itu sendiri.

"Dengan pembukaan FIFA Arena, ia adalah tambah nilai buat skuad kebangsaan daripada segi akar umbi, dan kesinambungan ekosistem bola sepak Malaysia," katanya di Nadi Arena. 
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video