Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memiliki kuasa penuh dalam penyusunan watak penting di peringkat pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Difahamkan beberapa keputusan besar melibatkan individu penting dalam kedua-dua entiti ini bakal diketahui dalam masa terdekat.
Beberapa posisi menjadi perhatian utama dan siapa yang bakal mendapat mandat bagi tanggungjawab mengawal selia urusan tertinggi pentadbiran selaku Pengarah Teknikal NFDP dan AMD yang dianggap sebagai kerusi panas.
Selepas kedua-dua posisi itu diurus tadbir 'orang luar', mungkin sudah tiba waktunya badan induk itu diberikan kepercayaan kepada pakar tempatan.
Beberapa nama mencuri tumpuan antaranya Datuk Richard Scully serta Datuk Ong Kim Swee yang sememangnya memiliki kepakaran dalam mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi, selain watak sokongan seperti Razif Ismail, Fauzi Pilis mahupun Aminuddin Hussin yang amat diperlukan.
"Baik sekiranya berlaku dalam pengurusan, pentadbiran dan pembanggunan kita sendiri, kita mahukan orang tempatan sendiri yang bijak memahami pembangunan dalam negara kita.
"Sayta tidak menafikan ada nama-nama besar seperti Ong Kim Swee, Razif Ismail yang merupakan nama besar dalam negara. Mereka ada pengalaman dan tiada jawatan dalam kelab ketika ini," katanya.
Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, mengesahkan pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk memilih portfolio yang paling sesuai di posisi utama dua entiti itu.
Namun, Hannah turut menegaskan urusan kewangan NFDP dan AMD masih dalam kawalan pihak kementerian.
Malah, difahamkan juga dua kakitangan MSN sudah ditempatkan di Kelana Jaya, bagi mengurus tadbir kewangan melibatkan NFDP dan AMD.
"Tempat dan fasiliti AMD itu milik MSN, tetapi perbincangan mengenai bola sepak diambil Bersama FAM. Walaupun NFDP di MSN, teknikal direktor (pemilihan) oleh FAM. Yang pakar adalah FAM. Pembiayaan dari MSN." tambahnya.