Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rice mampu ketuai The Hammers

declan-rice_.jpg
WEST HAM 2 NEWCASTLE 0

Pengendali West Ham, Manuel Pellegrini, berpendapat Declan Rice mampu menjadi salah seorang kapten apabila dia meraih lebih banyak pengalaman.


Peningkatan Rice menjadi salah satu kemuncak musim West Ham dan dia menjaringkan gol pembukaan ketika The Hammers meraih kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United di laman sendiri, awal pagi tadi.

West Ham kini menghuni tangga kesembilan menerusi kemenangan itu, dengan kapten pasukan, Mark Noble, melengkapkan tiga mata yang diraih menerusi sepakan penalti.

Tetapi Pellegrini berasakan Rice, yang mendedahkan keinginannya untuk bermain bersama skuad kebangsaan England berbanding Republik Ireland, mampu memakai lilitan kapten pada masa akan datang.

"Rice seorang pemain muda yang perlu mempelajari banyak lagi ilmu," kata Pellegrini.

"Untuk bergelar kapten, anda memerlukan lebih banyak perlawanan dan pengalaman."

Satu lagi perkara positif buat West Ham adalah kembalinya Manuel Lanzini ke dalam skuad utama.

"Jika saya memberitahu anda bahawa Lanzini mengalami kecederaan selama lapan bulan, anda mungkin tidak dapat mempercayainya," kata Pellegrini. "Dia sudah kembali dan tidak memiliki perasaan gementar ketika beraksi."

Advertisement

Must Watch Video