Jupp Heynckes mengesahkan Franck Ribery dan James Rodriguez akan terlepas aksi Bundesliga berdepan Freiburg, esok.
Masalah kecederaan mula mengejar Bayern menjelang aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Besiktas walaupun mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mara ke pusingan suku akhir selepas meraih kemenangan 5-0 di Allianz Arena.
Heynckes telah menyaksikan Kingsley Coman tidak akan beraksi untuk baki musim ini kerana mengalami kecederaan buku lali ketika berdepan Hertha Berlin, dengan pemain kebangsaan Perancis itu menjalani pembedahan pada Isnin.
Ribery – yang menggantikan Coman kerana mengalami kecederaan - tidak akan terus mengisi kekosongan kerana sakit perut manakala Rodriguez (betis) masih lagi belum pulih sejak kemenangan ke atas Besiktas.
Terdapat berita positif buat Bayern, dengan David Alaba dan Thiago Alcantara bakal menjadi pilihan buat pendahulu saingan itu.
"Ketiadaan Kingsley Coman adalah satu kehilangan buat kami," kata Heynckes.
"Dia berkembang dengan pantas dan saya sangat terkejut dengan kecederaan yang dialaminya.
"Ribery belum cergas (untuk berdepan Freiburg), dia mengalami sakit perut dan tidak akan beraksi hujung minggu ini.
"Rodriguez menjalani latihan di gim buat beberapa hari dan perancangannya adalah dia kembali berlatih bersama pasukan pada Isnin.
"Alaba berlatih bersama pasukan tanpa sebarang masalah dan mahu beraksi esok."