Marco Reus akan berusaha untuk memujuk Kai Havertz menyertai Borussia Dortmund.
Selepas Julian Brandt mengambil keputusan meninggalkan Bayer Leverkusen untuk ke Signal Iduna Park sebelum musim baru bermula, kapten BVB, Reus, mula memasang impian mendapatkan seorang lagi pemain muda berbakat menyertai pasukannya.
Havertz, yang berlatih bersama-sama Reus ketika membuat persiapan aksi kelayakan Euro 2020 Jerman berdepan Belanda awal pagi esok, menikmati musim yang cemerlang apabila meledak 17 gol dalam 34 penampilan.
Ditanya jika Havertz akan bermain untuk Bayern Munich pada masa akan datang, Reus memberitahu Sport1: "Saya akan cuba segala-galanya untuk membawanya ke Dortmund.
"Saya tidak tahu tanda harganya selepas beraksi cemerlang musim lalu tetapi yakin Dortmund mampu mendapatkan khidmatnya.
"Tetapi saya akan cuba yang terbaik, sama seperti yang saya lakukan dengan Brandt."
Havertz berkata kepada Sky Deutschland bahawa dia tidak bimbang selepas dikaitkan dengan Bayern dan sebilangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), namun dia masih lagi kekal bersama Leverkusen.
"Ia tidak membimbangkan saya," katanya.
"Buat masa ini, saya gembira kerana kekal di Leverkusen untuk semusim lagi."
Belanda mengatasi Jerman dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA musim lalu, namun skuad kendalian Joachim Low itu berjaya membalas dendam selepas merakamkan kemenangan 3-2 dalam saingan kelayakan Euro 2020 di Amsterdam, Mac lalu.
"Saya masih ingat kami menang di Hamburg pada 2011 (kemenangan 3-0 dalam aksi persahabatan)," tambah Reus.
"Ia merupakan perlawanan yang terbaik. Anda akan cuba yang terbaik demi negara. Tiada apa yang lebih manis jika menamatkan 90 minit waktu permainan selaku pemenang."