Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rekod gol menakjubkan tidak penting untuk Ronaldo

stunning-goal-record-not-important-to-ronaldo.jpg
PORTUGAL 3 HUNGARY 0

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, berkata tempat pasukannya dalam Piala Dunia 2018 adalah jauh lebih penting daripada rekod jaringan peribadinya.


Pemain berusia 32 tahun itu meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Hungary di Estadio da Luz, awal pagi tadi, selepas Andre Silva memecah kebuntuan untuk juara Eropah itu.

Dua jaringan Ronaldo membawanya kepada sembilan gol dalam lima perlawanan kelayakan Piala Dunia, mengumpul 70 gol keseluruhan untuk negaranya dan meletakkan dia di kedudukan keempat dalam senarai penjaring terbanyak untuk pasukan antarabangsa di Eropah.

Tetapi bintang Real Madrid itu lebih prihatin tentang kemenangan Portugal, yang mara dengan tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Switzerland, dan lima di depan pasukan di tangga ketiga, Hungary.

"Saya tahu berapa banyak gol saya tetapi itu bukan perkara yang paling penting," katanya kepada RTP. "Apa yang penting ialah kami menang dan kami dalam usaha untuk mara ke Piala Dunia.

"Kami bermula perlahan. Kami lambat untuk bertindak balas terhadap taktik mereka (Hungary), tetapi segala-galanya berubah dengan gol pertama. Pasukan itu bermain lebih baik, lebih yakin, dan gol datang secara semula jadi.

"Pasukan ini baik. Kami mempunyai ramai pemain muda."

Portugal akan berdepan Sweden dalam perlawanan persahabatan di Madeira pada awal pagi esok dan Ronaldo gembira dengan peluang untuk bermain dalam perlawanan antarabangsa di pulau kelahirannya itu.

Lapangan terbang Madeira akan menggunakan nama Ronaldo secara rasmi selepas majis perasmiannya minggu depan.

"Ia akan menjadi cantik," kata Ronaldo. "Pasukan kebangsaan tidak pernah ke Madeira selama bertahun-tahun. Ia akan menjadi baik untuk rakyat Madeira."

Ronaldo memberikan pujian khas kepada rakan penyerang, Silva, yang telah menjaringkan lima gol dalam kelayakan Piala Dunia.

"Dia beraksi dengan baik selepas bermula dengan pasukan kebangsaan. Dia melakukan tugas dengan luar biasa, bukan sahaja dengan golnya," kata Ronaldo.
 

Advertisement

Must Watch Video