PDRM FC antara pasukan yang perlu diberi tumpuan apabila giat menandatangani pemain baru bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2024-2025.
Skuad Sang Saka Biru itu dilihat membawa masuk beberapa pemain baru seperti, Shahrel Fikri, Bryan See dan ramai lagi. Malah, PDRM juga telah selesai mengumumkan P.Maniam sekalu pengendali baru pasukan itu.
Dalam segmen Keluar-Masuk yang dibawakan redONE dalam Nadi Weekend sebentar tadi, Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, berkata: "Kita boleh simpulkan bahawa pasukan itu sedang membuat persiapan yang serius menjelang Liga Super yang bakal berlangsung dan ingin mengekalkan kejuaraan Piala Cabaran yang dimenangi pada musim lalu.

"PDRM juga ingin memperbaiki kedudukan yang sebelum ini menghuni tangga kelapan liga, di samping mahu menumbangkan pasukan elit yang lain.
"Bercakap mengenai P.Maniam, desas-desus mengatakan persetujuan di antara kedua-dua belah pihak sudah pun mencapai kata putus sebelum diumumkan secara rasmi sebagai jurulatih semalam.
"Dengan kehadirannya, pasukan ini akan lebih stabil kerana pengalaman yang dimilikinya sebelum ini mengendali pasukan seperti Selangor, Petaling Jaya City dan Harini FT.
"Saya berpendapat bahawa PDRM sangat bertuah memiliki P.Maniam sebagai jurulatih yang baru kerana dia antara yang akan melahirkan bakat baharu.
Pewarta Astro Arena, Zainal Abidin Rawop, kemudian menambah: "Kecekalan yang dimiliki oleh P. Maniam sangat bagus sewakta dia melatih pasukan PJ City tanpa sebarang pemain import."
Ikuti segmen Keluar-Masuk dalam Nadi Arena dan Nadi Weekend setiap hari Rabu dan Sabtu.