Skip to main content

Bola Sepak

redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Ketepi isu jet lag, Lazar Sajcic sedia bantu KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city-import.png
Pemain import baru Kuala Lumpur City FC, Lazar Sajcic, sudah memasuki tempoh dua hari di Malaysia dan dia tidak mahu terlalu terikat dengan isu 'jet lag' dan kepenatan memandangkan perjalanan jauh dari Lithuania menuju ke Malaysia.

Pemain berusia 27 tahun itu tiba pada pagi Jumaat dan masih belum sampai tempoh 48 jam lagi di Malaysia tetapi dia sudah menjalani sesi latihan pertamanya bersama skuad The City Boys. 

Walaupun mengakui bahawa tubuhnya sedikit keletihan selain perlu segera mengadaptasi dengan keadaan cuaca di Malaysia yang berbeza tetapi dia tetap positif akan misinya untuk membantu KL City pada musim ini.


 

"Pada mulanya ia adalah separuh daripada latihan dan saya berasa baik-baik sahaja walaupun berasa Jet Lag tetapi saya sudah biasa dengan perkara itu sebelum ini.

"Bagi saya perkara yang paling penting adalah memberikan aksi 100 peratus ketika berada di atas padang nanti.

"Saya datang kesini untuk membantu KL City dan kembangkan diri saya di Asia sebagaimana saya cuba menyerlah di Eropah dan saya mahu menang kerana itu penting." katanya.


Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video