*Dikutip daripada laman Facebook rasmi Datuk Azizulhasni Awang.
JOHN BEASLEY SEKOLAHKAN RIZAL HASHIM.
John Beasley telah memberikan satu jawapan balas kepada Rizal Hashim dengan satu tulisan panjang yang komprehensif, lengkap dengan fakta dan data. Satu penulisan balas yang tidak bersifat emosi tetapi memanggil untuk satu perubahan besar-besaran didalam arena sukan negara dan juga dunia kewartawanan.
Sebagai wartawan yang sudah tiga dekad didalam industri, RH tidak perlu bersikap seperti kebudak-budakkan. Dia kena ingat yang diri dia sendiri yang mula mengkritik JB dan saya, tetapi dia koyak selepas kami berdua memberikan jawapan balas.
Diharap penulisan balas daripada JB ini dibaca dan difahami betul-betul oleh semua pihak termasuklah RH sendiri kerana JB meluangkan satu masa yang panjang untuk memberikan input terbaik kepada semua berdasarkan pengalaman, scientific data, keberadaan sebenar dunia sukan negara dan fakta tentang persoalan yang ditanya.
Walaupun beliau diperlakukan sebegitu rupa oleh sesetengah pihak, JB masih inginkan sukan lumba basikal Malaysia dan arena sukan negara bergerak maju kehadapan.
Saya juga harap RH dapat ‘keep the same energy’ bilamana kot-kot ada keluar berita tergempar yang berkait dengan kawan-kawan ataupun kuncu-kuncu RH. Saya harap akan terbit juga satu penulisan RH disitu dan tak memilih untuk bersikap ‘cherry picking’.
Satu perkara yang saya ingin tekankan disini, RH dan geng-geng berhaluan kiri ni tak malu ke? Seluruh komuniti sukan basikal trek dunia mengikuti perkembangan tentang isu ini dan bagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sungguh malu apabila dunia melihat bagaimana sikap dan kejahatan sesetengah pihak yang telah merosakkan nama baik Malaysia.
Selamat membaca dan baca dengan hati dan otak yang terbuka.
Ikhlas dari saya,
Juara tiup belon Tadika Kemas Dungun 1993
Hantaran asal: