Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Kedah Eagles, Bomba Fighters ke final, tempah tiket ke STL Premier

stl kedah
Advertisement

Kedah Eagles dan Bomba Fighters mengesahkan kemaraan ke final STL 2026 Divisyen 1 selepas masing-masing mencatat kemenangan pada aksi separuh akhir, sekali gus memastikan tempat ke STL Premier musim ini.

Kedah Eagles terlebih dahulu menempah slot final apabila menewaskan Terengganu Turtles 2-1 dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 15-12, 10-15, 15-12.

Advertisement

Kemenangan itu cukup bermakna buat Kedah apabila mereka bukan sahaja berpeluang memburu kejuaraan Divisyen 1, malah berjaya menamatkan penantian selama 10 tahun untuk kembali beraksi dalam STL Premier.

Kedah yang menurunkan Zulhusni Basri di posisi apit kiri, Amar Roslan sebagai tekong dan Hapeesorn Hnahno di apit kanan, bermula baik dengan memenangi set pertama 15-12.

Advertisement

Bagaimanapun, Terengganu Turtles yang menurunkan Saenkrai Dowrueng di posisi apit kanan, Zulkifli Abd Razak sebagai tekong dan Aidil Aiman di apit kiri, bangkit menguasai set kedua 15-10.

Kedah Eagles kembali mengekalkan ketenangan dalam set penentuan untuk mencatat kemenangan 15-12 sekaligus memastikan pasukan itu melangkah ke final.

Sementara itu, Bomba Fighters turut mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Sabah Mountaineers 2-0 menerusi keputusan 15-13, 17-16.

Pertembungan itu berlangsung sengit apabila Sabah memberikan tentangan hebat dalam kedua-dua set, namun Bomba berjaya memanfaatkan peluang untuk menamatkan perlawanan dalam dua set langsung.

Gandingan Syazreenqamar Salehan selaku kapten dan apit kiri, Apinann Promjaree sebagai tekong serta Shahrul Ishaqdin di apit kanan menjadi taruhan Bomba dalam aksi berkenaan.

Kejayaan itu menyaksikan Bomba Fighters layak ke STL Premier untuk musim kedua berturut-turut selepas berjaya mendapatkan tempat ke divisyen tertinggi itu sekali lagi.

Bagi Sabah Mountaineers, kekalahan tersebut menamatkan impian mereka untuk melangkah ke final meskipun sebelum ini mempamerkan prestasi meyakinkan dalam kejohanan.

Kini, Kedah Eagles dan Bomba Fighters bakal bertarung untuk merebut gelaran juara STL 2026 Divisyen 1, dengan kedua-dua pasukan sudah mencapai sasaran utama untuk beraksi dalam STL Premier musim ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video