Skip to main content

Bola Sepak

Real perlukan pemain ke-12 di Madrid jika mahu ke final -- Benzema

karimbenzema_16hedglpxewaw1ix78mf1vu3rg.jpg
Karim Benzema percaya Real Madrid memerlukan satu lagi malam istimewa di Santiago Bernabeu untuk mara ke final Liga Juara-Juara berikutan kekalahan 4-3 mereka kepada Manchester City.

Skuad kendalian Pep Guardiola mendahului 2-0 dalam masa 11 minit di Stadium Etihad awal pagi tadi ketika perlawanan separuh akhir pertama yang mendebarkan bermula dengan cemerlang.

Dua gol Benzema dan satu gol daripada Vinicius Jr membantu Real Madrid sekadar ketinggalan satu jaringan menjelang aksi timbal balik minggu hadapan.

Pemain berusia 34 tahun itu menyeru peminat kelabnya untuk membantu mereka mara ke final Mei di Paris.

"Ada 90 minit di Bernabeu untuk peminat membuat perubahan semula," kata Benzema kepada Movistar+.

"Kami pulang ke Madrid dengan keyakinan tinggi untuk bermain dengan baik pada perlawanan timbal balik. Penyokong juga harus perlu berbangga.

"Kami perlu bertenang dan melihat apa yang perlu kami lakukan untuk menambah baik, sedikit daripada segala-galanya dan terutamanya pada permulaan perlawanan."
 
 

Advertisement

Must Watch Video