Real Madrid mengesahkan James Rodriguez mengalami kecederaan betis.
Pemain Colombia itu menjalani ujian semalam yang mengesahkan otot kaki kanannya mengalami kerosakan.
Tempoh dia bakal disisihkan masih belum pasti tetapi dia akan terlepas kunjungan ke Villareal pada 1 September ini dan direhatkan menjelang saingan antarabangsa tatkala Colombia bakal berdepan Brazil dan Venezuela dalam aksi persahabatan, bulan depan.
Perancang itu tampil dalam kesebelasan utama untuk kali pertama buat Madrid sejak Mei 2017 pada Sabtu lalu ketika skuad bimbingan Zinedine Zidane itu diikat 1-1 oleh Real Valladolid di Santiago Bernabeu.
Kecederaan yang dialami Rodriguez itu memberi tamparan kepada Zidane selepas turut terlepas khidmat Eden Hazard dan Marco Asensio akibat kecederaan.
Pemain yang sebelum ini dipinjamkan ke Bayern Munich itu tampak bakal meninggalkan Los Blancos ketika jendela perpindahan selepas menarik minat Atletico Madrid dan Napoli tetapi gagal melengkapkan penghijrahannya.
Dia kini dijangka kekal di Bernabeu memandangkan tarikh tutup perpindahan Eropah akan tamat pada 2 September ini.
"Rodriguez berada dalam keadaan terbaik dan saya gembira jika dia kekal bersama pasukan," kata Zidane minggu lalu.